web 2.0

SELAMAT DATANG

Perkhidmatan Membuat Kertas Kerja


Salam Hormat..

Kami juga menawarkan khidmat membuat kertas kerja secara terperinci dan teratur.

Kami memerlukan maklumat lanjut tentang perniagaan yang ingin dijalankan.

Selain itu kami juga memerlukan beberapa justifikasi yang penting.

Malumat lanjut untuk membuat kertas kerja ini, sila hubungi Admin laila_nur@yahoo.com

Terima kasih.
Blog kertaskerja ini bertujuan untuk membantu golongan

usahawan muda serta petani/penternak yang mahu

memulakan kerjaya mereka dengan bermula dari penyediaan

kertas kerja sebelum mendapat pinjaman atau sebelum

memulakan sesuatu projek.

Kami juga mahu membantu golongan ini untuk mendapatkan

contoh-contoh kertas kerja melalui blog kertaskerja ini, tanpa

bersusah payah mencari contoh kertas kerja di kedai atau di

mana-mana. Selain dapat menjimatkan masa untuk membuat

kertas kerja terkini dan lebih menyakinkan.


.

Wednesday, November 25, 2009

TEKUN

KUALA LUMPUR 26 Jun - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) akan memanfaatkan sepenuhnya peruntukan tambahan RM100 juta oleh kerajaan bagi membantu usahawan bumiputera di negara ini.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan yang menyalurkan peruntukan tambahan itu walaupun dalam keadaan kelembapan ekonomi.
Bagaimanapun, katanya, jumlah dana tambahan itu masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah permohonan pinjaman yang belum diluluskan untuk disalurkan kepada peminjam.
"Setakat hari ini, permohonan pinjaman bernilai RM350 juta masih belum lulus untuk diagihkan kepada peminjam kerana masalah kekurangan dana.
"Dengan adanya RM100 juta tambahan ini, kita akan luluskan terlebih dahulu pinjaman RM100 juta dan hanya tinggal lebih kurang RM250 juta pinjaman lagi yang belum diluluskan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin memberitahu, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Tekun akan menerima peruntukan tambahan masing-masing RM550 juta dan RM100 juta.
Awang Adek ketika menggulung perbahasan usul Kementerian Kewangan pada sidang Dewan Rakyat berkata, peruntukan tambahan itu dibuat berikutan pelbagai aduan diterima berkaitan ketidakmampuan kedua-dua agensi tersebut mengeluarkan pinjaman kerana kehabisan peruntukan.

0 comments: