web 2.0

SELAMAT DATANG

Perkhidmatan Membuat Kertas Kerja


Salam Hormat..

Kami juga menawarkan khidmat membuat kertas kerja secara terperinci dan teratur.

Kami memerlukan maklumat lanjut tentang perniagaan yang ingin dijalankan.

Selain itu kami juga memerlukan beberapa justifikasi yang penting.

Malumat lanjut untuk membuat kertas kerja ini, sila hubungi Admin laila_nur@yahoo.com

Terima kasih.
Blog kertaskerja ini bertujuan untuk membantu golongan

usahawan muda serta petani/penternak yang mahu

memulakan kerjaya mereka dengan bermula dari penyediaan

kertas kerja sebelum mendapat pinjaman atau sebelum

memulakan sesuatu projek.

Kami juga mahu membantu golongan ini untuk mendapatkan

contoh-contoh kertas kerja melalui blog kertaskerja ini, tanpa

bersusah payah mencari contoh kertas kerja di kedai atau di

mana-mana. Selain dapat menjimatkan masa untuk membuat

kertas kerja terkini dan lebih menyakinkan.


.

Monday, November 30, 2009

BAJET 2010 UNTUK USAHAWAN

* RM200 JUTA untuk tekun termasuk tambahan RM 20 JUTA untuk peniaga kecil India.
* Premium serendah RM 20 sebulan bagi insurans dan takaful bernilai RM 10,000 hingga RM 20,000 untuk peniaga kecil.
* RM 57 JUTA untuk pembelian ruang niaga dan insfrastruktur skim perkilangan.


Salam Usahawan

Saya berkesempatan mendengar pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri baru-baru ini di saluran Tv3 ketika bersama keluarga di rumah.Bajet kali ini bertumpukan kepada 3 strategi utama:

1. Memacu Negara Ke Arah Ekonomi Berpendapatan Tinggi
2. Memastikan Pembangunan Holistik dan Mapan
3. Mengutamakan Kesejahteraan Rakyat

Blog generasi usahawan tertarik dengan usaha kerajaan untuk Memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana.Para usahawan mengharapkan dana yang diperuntukan itu dapat disalurkan kepada mereka dengan mudah dan teratur berbanding sebelum ini.Tempoh masa yang ditetapkan oleh kerajaan kepada institusi kewangan terhadap kelulusan pembiayaan Mikro dalam purata 6 hari dan tempoh pengeluaran selama 4 hari diharapkan dapat dikotakan agar tiada lagi rungutan dari usahawan PKS terhadap masalah modal dan bantuan.

Peruntukan Rm200 juta kepada Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan penstrukturan semula kaedah bayaran balik juga dapat dinikmati oleh semua usahawan dan tidak membebankan terutama usahawan kecil.Selain itu dana bernilai RM57 juta untuk pembelian ruang niaga,infrastruktur dan skim kilang bimbingan seharusnya dimanfaatkan oleh para usahawan untuk mengembangkan perniagaan dan bukan sekadar bekerja keras mendapatkan dana kemudian berhenti separuh jalan.

p/s:Pelbagai kemudahan dan bantuan telah diberikan,semoga lebih ramai lagi generasi muda menyertai dan mengambil peluang ini untuk menceburi bidang perniagaan dengan lebih serius kerana potensi dalam bidang ini amat cerah.
Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

0 comments: